5 April 2012

PIALA AFC: KELANTAN 3-0 AREMA : KELANTAN TIDAK 'MERANGKAK-RANGKAK' LAGI

Ghaddar menjaringkan hatrik pertamanya untuk Kelantan.
Foto: 

Kelantan membuktikan mereka mampu mencipta kemenangan dalam saingan Piala AFC, kumpulan H serta tidak lagi 'merangka-rangkak' dalam kejohanan peringkat Asia ini serta mampu memberikan saingan bermutu.

Disaat penyokong Kelantan masih baru dikejutkan dengan berita penggantungan Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa yang juga Presiden KAFA, Muhammad Ghaddar tampil 'menceriakan' penyokong-penyokong Kelantan yang hadir memenuhi stadium.

Ghaddar yang sebelum ini dikritik hebat ekoran prestasi yang tidak menentu dan penyudah yang kurang berbisa malam ini membuktikan kepada semua akan kebolehan dan keupayaannya menjaringkan gol.

Ghaddar mencatat hatrik dengan 3 jaringan melalui sentuhan berbeza dimana gol pertamanya diminit ke 23 hasil daripada larian solo disebelah kiri dan disudahkan dengan rembatan kaki kiri.

Bermula separuh masa kedua, Ghaddar menjaringkan gol ke 2 Kelantan diminit ke 47 hasil tandukan yang berpunca daripada tedangan sudut yang diambil oleh Badri Radzi sebelum melengkapkan hatriknya  diminit ke 89 melalui gerakan solo disebelah kanan.

Meskipun menurunkan barisan terbaik, Arema Indonesia tidak mampu menggugat penguasaan yang dimiliki oleh tuan rumah dan akur dengan kekalahan kedua berturut-turut dalam saingan Piala AFC setelah tumpas 1-3 kepada Navibank Saigon 2 minggu lepas.
Kedudukan kumpulan H setelah 3 perlawanan.


Kemenangan pertama ini meletakkan Kelantan ditangga ke 2 kumpulan H dengan 4 mata meninggalkan Ayeyawady United ditangga ke 3 serta menghidupkan kembali peluang Kelantan untuk mara ke peringkat 'knock out'.

Sementara itu, dalam aksi di Ho Chi Minh City, Navibank Saigon berjaya mencatatkan kemenangan bergaya keatas Ayeyawady dengan jaringan 4-1 dan mendahului carta kumpulan H setelah mengumpul 7 mata.

Penyerang Navibank dari Colombia, Edison Fonseca sekali lagi mencatatkan hatriknya yang kedua pada malam ini setelah turut mendapat hatrik semasa Navibank membenam Arema 3-1 tempoh hari.

Kelantan akan berkunjung ke Stadium Gayayana, Indonesia untuk aksi pusingan kedua menentang Arema Indonesia pada 10 April ini.

Video jaringan hatrik Muhammad Ghaddar
Kredit to sokernet.com