10 April 2012

PIALA AFC: KELANTAN 3-1 AREMA: KELANTAN LUAR BIASA!!

Ghaddar meraikan gol keduanya

Kelantan cemerlang setelah menewaskan Arema Indonesia di Stadium Gajayama dengan jaringan 3-1 hasil jaringan Muhammad Ghaddar dan Zamri Ramli.

Walaupun turun tanpa beberapa tonggak utama dan bermain disebelah petang, pemain Kelantan mempamerkan mutu pemainan yang tinggi dengan penguasaan bola dan gerakan menarik.

Muhammad Ghaddar meletakkan Kelantan dihadapan seawal minit ke 15 melalui tendangan penalti setelah dia dijatuhkan didalam kotak penalti oleh pertahanan lawan setelah menerima bola hantaran Zamri Ramli.

Arema bangkit menyamakan kedudukan diminit ke 35 melalui tandukan Roman Chemelo yang menerima hantaran cantik daripada Kapten pasukan arema, Legimin.

Separuh masa pertama berlangsung dengan pantas dimana kedua-dua pasukan berbalas serangan dan memiliki beberapa peluang menjaringkan gol.

Bermula separuh masa kedua, Kelantan lebih mendominasi perlawanan apabila pemain Arema, Anggo Yulian dibuang padang setelah menerima dua kad kuning.

Muhammad Ghaddar sekali lagi meletakkan Kelantan dihadapan diminit ke 60 apabila bijak melakukan larian solo daripada sebelah kiri dan berjaya melepasi 5 orang pertahanan Arema sebelum menewaskan Dennis Romanov buat kali kedua.

Zamri Ramli melengkapkan kemenangan Kelantan apabila menjaringkan gol ke 3 Kelantan setelah menerima hantaran Ghaddar yang ditujukan kepada Norshahrul dari sebelah kanan gol Arema diminit ke 87.

Kelantan juga dibantu dengan aksi cemerlang penjaga gol, Shahrizan Ismail yang beberapa kali menyelamatkan percubaan merbahaya daripada pemain Arema.

Kelantan setakat ini mengumpul 7 mata dan menduduki tempat pertama dalam kumpulan H namun berkongsi mata bersama Navibank Saigon dan Ayeyawady United.

Ayeyawady turut menewaskan Navibank Saigon 2-0 sekaligus membalas kekalahan 1-4 mereka kepada lawan yang sama minggu lepas.

Kedudukan kumpulan H setelah 4 perlawanan
Highlight separuh masa pertama


Highlight separuh masa kedua