20 April 2012

PIALA FA 2012: KELANTAN VS KEDAH: PREVIEW PRA-PERLAWANAN


Kelantan kembali kepentas separuh akhir Piala FA musim ini dalam misi melayakkan diri ke final serta menjuarai satu-satunya piala yang masih belum dimenangi oleh The Red Warriors setakat ini.

Peluang terbaik untuk merangkul Piala FA muncul pada tahun 2009 dan 2011 apabila Kelantan mara ke final tetapi tewas kepada Selangor melalui tendangan penalti (4-1) dan Terengganu (2-1).

Namun Kelantan terlebih dahulu harus melepasi cabaran daripada Kedah yang sebelum ini pernah menyingkirkan Kelantan daripada persaingan Piala FA seawal pusingan kedua pada musim 2010.
Laluan Kelantan & Kedah ke separuh akhir Piala FA 2012
Walaupun berkedudukan ditangga 3 tercorot Liga Super musim ini namun Kedah telah mempamerkan peningkatan prestasi setelah kembalinya jurulatih utama, Wan Jamak daripada penggantungan.

Prestasi Kedah dalam saingan Piala FA juga memberangsangkan setelah berjaya menyingkirkan PKNS dipusingan pertama, Perlis dipusingan kedua dan T-Team di suku akhir.

Laluan Kelantan ke separuh akhir pula ialah berjaya menewaskan Sarawak dipusingan pertama, Kuala Lumpur dipusingan kedua dan KL SPA di suku akhir.
Keputusan terkini Kelantan dan Kedah dalam 6 perlawanan terkini.
Prestasi terkini kedua-dua pasukan dalam 6 perlawanan terakhir dalam semua kejohanan menunjukkan sedikit kelebihan kepada Kelantan dengan 4 kemenangan dan 2 seri.

Berbanding dengan Kedah yang mencatat 3 kemenangan keatas Sarawak, Perak dan T-Team dan 2 kekalahan kepada Sarawak dan Felda Utd serta 1 seri.
Rekod pertemuan Kelantan vs Kedah dari musim 2010-2012.
Pertemuan terakhir diantara Kelantan dan Kedah adalah pada 20 Januari lalu yang berkesudahan Kelantan menewaskan Kedah di Alor Setar dengan jaringan 3-0.

Ghaddar menjaringan gol pertama melalui tendangan penalti diminit ke 35 sebelum Norshahrul dan Danny Antwi masing-masing menjaringkan 1 gol diminit ke 78 dan 90.

Sementara dalam 8 pertemuan Kelantan dan Kedah sejak 2010, Kelantan mencatat sedikit kelebihan dengan 3 kemenangan, 5 seri dan 1 kekalahan.
Pemain tumpuan: Ghaddar dan Vedran
Kedah mencatat 12 jaringan dan bolos 18 gol musim ini dalam Liga Super membayangkan akan prestasi mereka yang agak tidak menentu serta kelemahan barisan pertahanan.

Kelantan merupakan pasukan yang memiliki pertahanan dan penyerang terbaik setakat ini setelah hanya bolos 11 gol dan mengumpul 27 jaringan.

Sandaran Kedah sudah tentu akan diletakkan pada bahu penyerang import mereka dari Croatia iaitu Vedran Gerc yang menjaringkan 2 gol dalam penampilan pertamanya ketika Kedah menewaskan Sarawak Selasa lepas.

Kelantan juga tidak ketinggalan setelah kembali menyenaraikan Ghaddar ke skuad utama apabila dia mempamerkan peningkatan dalam saingan Piala AFC. Ghaddar ialah antara penjaring terbanyak dalam kumpulan H, Piala AFC dengan 6 jaringan.
Probable line-up Kelantan vs Kedah
Kedah dijangka akan menghadapi Kelantan tanpa Safi Al-Fatah yang masih belum cergas dan dijangka akan diganti oleh Amar Rohidan sementara Khairul Helmi yang tidak dapat bermain di bek kanan ekoran kad kuning akan digantikan oleh V.Thirumurugan atau Sani Mat Isa.

Sementara Kelantan pula berkemungkinan akan mengekalkan barisan pemain ketika menewaskan T-Team tempoh hari dengan beberapa perubahan iaitu Indra Putra dan Norshahrul akan bermula dalam kesebelasan utama.