28 May 2012

LIGA SUPER 2012: KELANTAN 0-0 JOHOR FC: JUARA PIALA FA DI IKAT JOHOR FC

Pemain Johor FC cuba melepasi pertahanan kelantan. Foto: bernama

Kelantan gagal meneruskan rentak kemenangan setelah diikat oleh Johor FC 0-0 di Stadium MP Jcorp Pasir Gudang malam tadi.

Walaupun turun tanpa 7 orang tonggak utama dan bermula dengan rentak bertahan, Johor FC berjaya mempersembahkan permainan yang baik.

Johor FC terlebih dahulu memperolehi peluang melalui tandukan Augusto dan Ridhuan maon diminit ke 6 dan 17 namun percubaan mereka ditepis Khairul Fahmi dan tersasar.

Kelantan turut meperolehi beberapa peluang menjaringkan gol melalui percubaan Indra diminit ke 24 dan Badri Radzi diminit ke 28 tetapi dinafikan oleh kecemerlangan penjaga gol Johor FC, Zamir Selamat.

Bermula separuh masa kedua, Kelantan terlebih dahulu mengasak kubu Johor Fc namun peluang gagal disudahkan oleh barisan serangan.

Johor FC memperoleh peluang terbaik mereka diminit ke 70 apabila Henrique menanduk bola hantaran rakannya namun bola hanya singgah dipalang Kelantan.

Kemasukan Ramzul Zahini dan Azlan menggantikan Norfarhan dan Norshahrul juga gagal menghasilkan sebarang jaringan untuk perlawanan berkesudahan seri tanpa jaringan.

Keputusan ini mengekalkan Kelantan ditangga kedua dengan 38 mata,  6 mata dibelakang Lions XII yang mengutip 44 mata dan sudah bermain lebih 5 perlawanan.

Video: footygoalsoccer.com