24 May 2012

PIALA AFC 2012: KELANTAN 3-2 TERENGGANU: KELANTAN MARA KE SUKU AKHIR

Rizal Fahmi meraikan jaringannya bersama Farisham Ismail
Foto kredit: 

Kelantan meneruskan momentum kejayaan menjulang Piala FA buat pertama kali pada 5 hari lalu dengan melangkah ke peringkat suku akhir Piala AFC apabila menewaskan Terengganu 3-2 di Stadium Sultan Muhammad ke IV malam tadi.

Kelantan mengasak sejak awal permainan dengan gerakan dan hantaran menarik memperolehi gol seawal minit ke 2 apabila Norfarhan Mohamad menolak masuk bola hantaran dari Danny Antwi.

Norfarhan menggandakan kedudukan apabila menyudahkan tendangan sudut oleh Nurul Azwan Roya diminit ke 16 dengan 2 kali percubaan setelah tandukannya berjaya ditepis oleh Sharbinie Alawee.

Pertahanan Kelantan, Rizal Fahmi Rosid mengulangi jaringannya ketika menewaskan Lions XII tempoh hari setelah tendangan percuma yang diambilnya menerjah gawang Terengganu diminit ke 47.

Bermula separuh masa kedua, Terengganu mempamerkan sedikit peningkatan dalam tempo permainan dan hasilnya, Ismail faruqi berjaya menewaskan Khairul Fahmi Che Mat diminit ke 56.

Kelantan bermain dengan 10 orang apabila Obinna Nwaneri di perintah keluar padang setelah menjatuhkan Abdul Hadi Yahya didalam kotak penalti diminit ke 80.

Francis Forkey Dey menyempurnakan tendangan penalti untuk perlawanan berkesudahan 3-2 sehingga tamat perlawanan.

Sementara itu, Peringkat Suku Akhir Piala AFC akan diadakan secara timbal balik pada 18 dan 25 September 2012 dan pengundian bakal diadakan pada 14 Jun nanti.

Kredit video: Footygoalscore.com