5 May 2012

PREVIEW PIALA AFC: KELANTAN VS AYEYAWADY UTD: KELANTAN SASAR JUARA KUMPULAN H

Jupiter menjaringkan gol ke 3 Ayeyawady ketika Kelantan tewas 1-3 di Myanmar
Kelantan mahu menamatkan perlawanan terakhir menentang Ayeyawady United Selasa ini di Stadium Sultan Muhammad dengan kemenangan sekaligus muncul juara kumpulan H.

Kelebihan berpihak kepada Kelantan yang mendahului kumpulan H setelah mengumpul 10 mata meninggalkan Navibank dan Ayeyawady ditangga kedua dan ketiga dengan berkongsi 7 mata.
Kedudukan terkini Kumpulan H
Kemenangan atau seri akan mengesahkan kedudukan Kelantan ke pusingan kalah mati sebagai juara kumpulan H dan bakal mendapat kelebihan bermain di Kota Bharu menentang naib juara kumpulan F.

Ayeyawady juga sedar hanya kemenangan ke atas Kelantan akan melayakkan mereka ke pusingan kalah mati sekurang-kurangnya sebagai naib juara kumpulan.

Sementara itu, persaingan masih terbuka bagi Navibank yang akan bertandang ke Indonesia bagi menentang Arema.

Arema yang hanya mengutip 4 mata juga memiliki peluang untuk turut mara sekiranya menang selesa ke atas Navibank dan berharap supaya Ayeyawady tewas kepada Kelantan.

Kelantan harus melupakan sebentar kejayaan layak ke final Piala FA dan kejayaan menewaskan Lions XII, sebaliknya kembali fokus dan memberikan tumpuan kepada perlawanan menentang Ayeyawady United pada 8 Mei ini .
Keputusan perlawanan Kumpulan H
Setakat ini Ayeyawady United ialah satu-satunya pasukan yang berjaya menewaskan Kelantan pada saingan Kumpulan H pada 21 Mac lalu dengan jaringan 3-1 di Myanmar.

Obinna Nwaneri menjaringkan gol sendiri pada perlawanan itu selain Muhammad Ghaddar berjaya mencatatkan jaringan pertama bagi Kelantan dalam Piala AFC.

Penyerang Ayeyawady, Aung Kyaw Myo dan Jupiter menambah 2 lagi gol diminit ke 41 dan minit terakhir perlawanan.

Video jaringan Kelantan 1-3 Ayeyawady United

Keputusan terkini kedua-dua pasukan dilihat memberikan sedikit kelebihan kepada Kelantan tidak tewas dalam 6 perlawanan terkahir dengan 3 kemenangan dan 3 seri  dalam semua kejohanan yang disertai.

Sementara Ayeyawady pula tewas pada perlawanan terakhirnya kepada Arema tetapi telah mencatat 4 kemenangan dan 2 kekalahan.
Jangkaan kesebelasan utama oleh penulis: Kelantan vs Ayeyawady United
Bojan Hodak dijangka akan menurunkan Nwoha Onyekachi dan Danny antwi untuk perlawanan ini dengan Muhammad Ghaddar atau Norshahrul sebagai gandingan serangan.

Sementara diposisi lain dijangka akan menampilkan pemain-pemain utama seperti Piya, Shakir, Nurul, Nwaneri, Subra, Daudsu dan Zairul Fitirie.

Sementara jurulatih Ayeyawady, Jozef Herel dijangka mengekalkan kesebelasan utamanya dengan seperti Jupiter Ngague dan Aung Kyaw Myo.

Selain daripada kedua penyerang utama mereka, pemain lain yang harus diawasi ialah Miroslav Latiak dan sai Thun Aung yang turut menjaringkan gol ketika membenam Navibank 2-0.