2 May 2012

PIALA FA 2012: KEBANGKITAN DRAMATIK BAWA KELANTAN KE FINAL

Ghaddar meraikan gol penyamaan Kelantan bersama penyokong.

Foto kredit to Shazli Shamsuddin, Dunia Warriors.com
Kelantan melakukan kejutan di Stadium Darul Aman, malam tadi apabila bangkit dari ketinggalan 2 gol di separuh masa pertama kepada tuan rumah dan berjaya menyamakan kedudukan menjadi 2-2 pada separuh masa kedua.

Kelantan mara ke Final Piala FA untuk kali kedua berturut-turut berdasarkan peraturan dan kelebihan 2 'away goals' dan bakal berhadapan dengan Sime Darby FC pada final 19 Mei nanti.

Kedah yang membariskan 5 pemain di bahagian midfield berjaya menguasai keseluruhan permainan pada separuh masa pertama dan berjaya menyerap serangan awal Kelantan.

Khyril Muhymeen meletakkan Kedah selesa dihadapan pada minit ke 30 apabila bijak menyambung bola tendangan jauh Baddrol Bakhtiar untuk gol pertama Kedah.

Kelekaan pertahanan Kelantan mengundang padah apabila Azmizi berjaya melorongkan bola kepada Fazliata yang menewaskan Khairul Fahmi sebelum disudahkan dengan mudah oleh Khyril Muhymeen diminit ke 43.

Bermula separuh masa kedua, Kelantan yang mengekalkan kesebelasan pemainnya tampil garang dari awal sepak mula dan mempamerkan hantaran dan gerakan yang lebih kemas.

Gol pertama Kelantan hadir melalui tandukan Obinna Nweneri seawal minit ke 46 dan memberikan semangat kepada Kelantan untuk memburu gol penyamaan.

Muhammad Ghaddar sekali lagi muncul wira Kelantan apabila bijak menyudahkan peluang yang terhidang hasil bola hantaran Obinna yang tertampan pertahanan Kedah diminit ke 60.

Sebelum ini Ghaddar turut memastikan kemenangan Kelantan di Vietnam ketika menewaskan Navibank Saigon 2-1 melalui jaringannya pada minit ke 83 pada 24 April lalu.

Video jaringan. 
Kredit to Sokernet.com