20 June 2012

LIGA SUPER 2012: KELANTAN 1-0 KUALA LUMPUR: GHADDAR PASTIKAN 3 MATA PENTING UNTUK KELANTAN

Ghaddar meraikan jaringan kemenangan Kelantan.
Foto: https://www.facebook.com/DuniaSukanOnline
Kelantan mencatatkan kemenangan dalam 2 perlawanan dalam masa 4 hari dengan menundukkan Kuala Lumpur 1-0 di Stadium Sultan Muhammad ke IV malam tadi.

Setelah menang tipis 2-1 ke atas Kedah Sabtu lalu, Kelantan hanya mampu mencipta satu jaringan hasil tendangan penalti yang disudahkan oleh Muhammad Ghaddar diminit ke 60.

Kelantan dihadiahkan sepakan penalti setelah Norshahrul Idlan dijatuhkan oleh pertahanan Kuala Lumpur ketika Kelantan melancarkan asakan bertali arus di separuh masa kedua.

Meskipun Kelantan mempunyai beberapa peluang terbaik untuk menambah jaringan namun gagal disudahkan dengan baik oleh barisan serangan.

Kemenangan kali ketiga dalam 3 pertemuan dengan Kuala Lumpur musim ini memastikan Kelantan terus mengekori Lions XII dengan defisit 6 mata dan kurang 5 perlawanan.

Lions XII mengejutkan tuan rumah, Terengganu dengan gol diakhir masa tambahan hasil jaringan Sufian Anuar ketika perlawanan seakan berakhir tanpa jaringan.

Kredit video Sokernet.com