30 June 2012

LIGA SUPER 2012: KELANTAN 1-0 SELANGOR: KELANTAN KEMBALI KE PUNCAK LIGA

Aksi Khairul Fahmi Che Mat menyelamatkan gawang Kelantan.
Foto: https://www.facebook.com/DuniaSukanOnline
Kelantan kembali ke persada Liga Super setelah menewaskan Selangor 1-0 di Stadium Sultan Muhammad ke IV malam tadi.

Kemenangan ini meletakkan Kelantan 1 mata dihadapan Lion XII dan mencerahkan peluang Kelantan bagi mempertahankan gelaran Juara Liga Super yang dimenangi musim lalu.

Penyerang import berbisa Kelantan, Muhammad Ghaddar sekali lagi membuktikan kemampuannya menjaringkan gol penting apabila menanduk masuk bola hasil tendangan sudut oleh Norfarhan di minit ke 25.

Indra Putra turut memiliki peluang terbaik diminit ke 62 namun rembatannya sekadar singgah di palang gol setelah di tepis penjaga gol Selangor.

Perlawanan ini dicemari oleh beberapa insiden kekasaran oleh pemain Selangor terhadap Muhammad Ghaddar namun jaringan kemenangan oleh Ghaddar tetap menceriakan penyokong Kelantan.

Kelantan yang mengutip 51 mata sekurang-kurangnya perlu memenangi 2 daripada 4 perlawanan serta seri 1 perlawanan bagi memiliki 58 mata untuk muncul juara.

Ini diambil kira jika diandaikan Lion XII memenangi baki 2 perlawanan mereka dan mengutip 56 mata.

Perlawanan seterusnya Kelantan akan berkunjung ke Stadium Paroi, Seremban bagi menentang Negeri Sembilan pada Selasa ini, 3 Julai 2012.

Kredit: sokernet.com