24 June 2012

LIGA SUPER 2012: KELANTAN 2-0 SABAH: KELANTAN RAPATKAN KEDUDUKAN DENGAN LIONS XIII KEPADA 3 MATA

Aksi Indra Putra mahyuddin setelah menjaringkan gol ke 2 Kelantan.
Foto kredit: https://www.facebook.com/DuniaWarriors
Disebalik tempo dan corak permainan Kelantan yang masih belum menunjukkan keupayaan sebenar pasukan dan pemain, Kelantan terus memastikan kemenangan ketiga berturut-turut di Stadium Sultan Muhammad ke IV malam tadi.

Sabah menjadi mangsa terbaru Kelantan hasil 2 jaringan menerusi tandukan Rizal Fahmi Rosid seawal minit ke 6 dan Indra Putra Mahyuddin selewat minit ke 93, sejurus sebelum wisel penamat dibunyikan.

Kemenangan ini merapatkan perbezaan mata dengan pendahulu Liga Super, Lions XII daripada 5 mata kepada hanya 3 mata, dengan memiliki 4 kelebihan perlawanan.
Kedudukan terkini Liga Super
Kelantan menewaskan tiga pasukan tercorot liga iaitu Kedah (2-1), Kuala Lumpur (1-0) dan Sabah (2-0) dan bakal turun menghadapi 6 baki perlawanan.

Diantara 6 perlawanan tersebut, Kelantan akan menghadapi 4 pasukan terkuat yang berada dikedudukan ke 3 hingga ke 6 Liga iaitu Perak, selangor, Negeri Sembilan dan Terengganu.

Daripada 4 pasukan tersebut, Selangor dan Perak mencatatkan prestasi terbaik dengan 3 kemenangan berturut-turut dalam 3 perlawanan terakhir.
Baki perlawanan Kelantan & Lions XII
Lions XII yang tidak beraksi malam ini dan hanya turun bermain dalam 2 perlawanan terakhir musim ini pada 10 dan 14 Julai ini dan memiliki rehat selama 20 hari.

Sementara Kelantan bakal berentap dalam jadual yang padat berhadapan Terengganu, Negeri Sembilan dan Felda ditempat lawan serta melayani Selangor, Perak dan Sarawak di Kota Bharu.

Kredit video: EVC/Epiebeck Video