17 June 2012

LIGA SUPER 2012: KELANTAN 2-1 KEDAH: KELANTAN TERUS BERI TEKANAN PADA LIONS XII

Muhammad Ghaddar meraikan gol kedua Kelantan hasil hantaran Norfarhan Muhamad.
Foto Kredit: https://www.facebook.com/DuniaSukanOnline
Kelantan meneruskan prestasi cemerlang 18 perlawanan tanpa kekalahan sejak dari 24 Mac lalu dalam semua kejohanan apabila mencatatkan kemenangan yang ke 12 dalam Liga Super musim ini.

Kemenangan 2-1 keatas Kedah di Stadium Sultan Muhammad sebentar tadi memastikan Kelantan kekal pencabar terdekat kepada pendahulu, Lions XII yang sebelumnya membenam Sabah 9-0 di Stadium Jalan Besar.

Jaringan pertama Kelantan hadir di akhir minit separuh masa pertama hasil jaringan sendiri pertahanan Kedah, Fazliata setelah diasak oleh Muhammad Ghaddar.

Kelantan walau bagaimanapun dikejutkan oleh jaringan See Kok Luen di minit ke 14 namun gol yang berpunca hantaran dari pemain sayap kanan Kedah itu dibatalkan kerana ofsaid.

Ghaddar memastikan Kelantan selesa mendahului dengan gol ke 2 apabila dia tenang menyudahkan bola hantaran Norfarhan Muhammad diminit ke 54.

Kedah menggandakan asakan bagi mendekatkan kedudukan dan hampir memperolehinya setelah dihadiahkan tendangan penalti diminit ke 61 namun tendangan Abdul Fatih Safi berjaya diselamatkan oleh Khairul Fahmi.

Kedah berjaya mendekatkan kedudukan di minit ke 87 setelah Khyril Muhymeen berjaya menyudahkan bola hantaran cantik daripada Abdul Fatih Safi.

Kemenangan ini meletakkan Kelantan ditangga kedua Liga Super dengan 41 mata, 6 mata dibelakang Singapura yang mengumpul 47 mata dan berkelebihan 5 perlawanan.

Kredit video footygoalsoccer.com


Sumber dan kredit to: LiveStreaming oleh http://trctv.livestreamingnews.net/ dan facebook page https://www.facebook.com/DuniaWarriors