27 June 2012

LIGA SUPER 2012: KELANTAN 2-2 TERENGGANU: KELANTAN MERAPATKAN JURANG DENGAN LIONS XII KEPADA 2 MATA

Forkey Doe cuba melepasi pertahanan Kelantan.
Foto: https://www.facebook.com/DuniaSukanOnline

Kelantan terpaksa pulang ke Kota Bharu dengan 1 mata setelah terikat 2-2 dengan tuan rumah, Terengganu di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah malam tadi.

Kelantan mendominasi babak awal permainan dan selesa mendahului 2-0 melalui gol awal Norfarhan Mohamad diminit ke 6 dan tendangan percuma yang cantik oleh Badri Radzi di minit ke 21. 

Terengganu walau bagaimanapun bangkit menyamakan kedudukan melalui Abdul Hadi Yahya di minit ke 40 dan tandukan Muslim Ahmad yang menewaskan Khairul Fahmi 10 minit kemudian.

Walau keciciran 2 mata berharga namun Kelantan tetap meneruskan tekanan kepada pendahulu liga, Lions XII dengan hanya 2 perbezaan mata dan kurang 3 perlawanan.

Kedudukan terkini Liga Super & Perlawanan akan datang Kelantan FA
Perlawanan berikutnya Kelantan akan melayani kunjungan Selangor, iaitu satu-satunya pasukan yang berjaya menewaskan Kelantan pada musim ini dalam saingan Liga Super.

Selangor menunjukkan prestasi terkini yang cemerlang serta telah memenangi 4 perlawanan terakhir mereka serta menduduki carta Liga Super di kedudukan yang ke 4 dengan 36 mata.

Kredit video. www.sokernet.com