30 June 2012

LIGA SUPER 2012: TINDAKAN BEBERAPA PEMAIN SELANGOR KETERLALUAN DAN TIDAK PROFESIONAL

Meskipun Kelantan berjaya mencapai objektif utama iaitu menewaskan Selangor dan memungut 3 serta kembali menerajui Liga Super namun perlawanan malam tadi tercemar dengan beberapa insiden yang memalukan.

Perlawanan yang mempertemukan 'The Red Warriors dan The Red Giants' pada awalnya dijangka akan berlangsung dalam suasana penuh kompetitif dan menarik namun peminat disajikan dengan perlakuan buruk beberapa pemain.

Kemasukan Ghaddar menggantikan Badri Radzi yang cedera dan berjaya menjaringkan gol tunggal perlawanan menjadikannya sebagai 'target man' oleh beberapa pemain Selangor.

Ia dimulakan oleh pemain senior Selangor sendiri iaitu Amri Yahyah yang jelas menumbuk 'alat sulit' Ghaddar sejurus Safiq Rahim mengambil tendangan percuma diluar kotak penalti Kelantan diminit ke 43.

Video dari sokernet.com.

Kekasaran terhadap Ghaddar tidak berakhir disitu sahaja malahan dia juga terlibat dengan satu insiden lain diseparuh masa kedua dimana Bunyamin Omar dilihat jelas menumbuk muka Ghaddar.

Nasriq Bahrom menendang muka Ghaddar.
Foto: https://www.facebook.com/gawangmy
Sejurus sebelum wisel penamat dibunyikan, Ghaddar sekali lagi menjadi 'mangsa buli' pemain Selangor apabila Nasriq Bahrom secara jelas mengangkat tinggi kakinya dan mengenai muka Ghaddar serta kakinya tidak ditujukan kepada bola.

Ironinya, dua aksi kekasaran terhadap Ghaddar yang dilakukan oleh Amri yahyah dan Bunyamin terlepas daripada sebarang hukuman oleh pengadil perlawanan, namun aksi kedua-dua kejadian tersebut berjaya dirakamkan secara jelas.

Pengadil perlawanan, Mohd Jefferi Zolkifli dilihat gagal bertindak dengan sewajarnya apabila melepaskan Bunyamin yang menumbuk Ghaddar walaupun telah berbincang dengan pembantunya.

Sebelum ini, pemain pertahanan Kedah, V. Thirumurugan pernah didenda sebanyak RM1500 dan digantung 3 perlawanan juga kerana kesalahan memijak belakang Ghaddar ketika Kelantan menentang Kedah pada 20 Januari lalu.
Insiden membabitkan Thirumurugan juga terlepas pandang oleh pengadil perlawanan namun bukti rakaman video menjadi sandaran laporan KAFA kepada Jawatankuasa Tatatertib FAM.


Diharapkan agar KAFA mengambil tindakan yang sama terhadap Amri Yahyah, Nazriq Bahrum dan Bunyamin Omar supaya perkara yang sama tidak berulang lagi.