11 July 2012

LIGA SUPER 2012: KELANTAN 0-1 FELDA UNITED: KEJUTAN FELDA UNITED DI STADIUM HANG JEBAT

Gerakan Indra Putra dihalang oleh pemain Felda United, Khairan Ezuan Eroza.
Foto: https://www.facebook.com/DuniaWarriors
Setelah mengesahkan kejayaan mempertahankan Liga Super dengan kemenangan besar 6-0 ke atas Perak Sabtu lalu, Kelantan dikejutkan oleh kekalahan 0-1 kepada Felda United di Stadium Hang Jebat, Melaka semalam.

Felda turun dengan misi menyelamatkan diri daripada 4 pasukan tercorot liga dimana 3 daripada mereka selain dari Kuala Lumpur yang sudah pun terkeluar, akan bersaing dalam pusingan play off.

Kelantan tampil menguasai perlawanan diawal babak separuh masa pertama namun gagal mencari gol dengan Felda United lebih banyak menguasai perlawanan.

Penyerang import daripada Perancis, Mickael Antoine berjaya menjaringkan gol tunggal perlawanan yang membawa kemenangan kepada Felda United diminit ke 38.

Kemasukkan Norfarhan, Ramzul Zahini dan Subramaniam diseparuh masa kedua menggantikan Khairul Izuan, Azlan Ismail dan Rizal Fahmi gagal meghadirkan gol penyamaan bagi Kelantan.

Kekalahan ini merupakan kekalahan yang kedua bagi Bojan Hodak sepanjang 31 perlawanannya mengemudi pasukan Kelantan dalam semua kejohanan setelah tunduk 1-3 kepada Ayeyawady di Myanmar, Mac lalu.

Namun kejayaannya membawa 22 kemenangan dan 7 seri dalam semua kejohanan termasuk Piala FA, Piala AFC dan Liga Super merupakan suatu pencapaian yang menabjubkan. 

Kelantan bakal beraksi dalam perlawanan terakhir Liga Super musim ini menentang salah satu pasukan yang terlibat dalam misi mengelakkan 'play-off' iaitu Sarawak di Stadium Sultan Muhammad ke IV, Kota Bharu.

Video: sokernet.com