15 July 2012

LIGA SUPER 2012: KELANTAN 3-1 SARAWAK: PIALA LIGA SUPER DIJULANG DI KOTA BHARU

Kapten Kelantan, Badri Radzi menjulang Piala Liga Super di Stadium Sultan Muhammad ke IV, Kota Bharu.
Foto: https://www.facebook.com/DuniaSukanOnline
Kelantan menutup tirai Liga Super 2012 dengan menjulang Piala Liga Super dan turut mempertahankan rekod cemerlang di gelanggang sendiri apabila menewaskan Sarawak 3-1 di Stadium sultan Muhammad ke IV malam tadi.

Meskipun beraksi sedikit hambar di separuh masa pertama, Kelantan memulakan jaringan diminit ke 60 apabila Badri Radzi tenang menyudahkan tendangan percumanya menewaskan penjaga gol Sarawak, Saiful Amar Sudar.

Norfarhan Mohamad menambah dua jaringan melalui dua sentuhan yang hampir sama diminit ke 65 dan 67 untuk meletakkan Kelantan selesa mendahului dengan 3 jaringan.

Sarawak memperoleh gol saguhati dua minit kemudian melalui tandukan Mohd Hairol yang gagal diselamatkan oleh Khairul Fahmi setelah Sarawak mendapat tendangan percuma disebelah kiri kotak penalti Kelantan.

Kelantan turut menerima Piala Liga Super 2012, pingat dan Mock Cheque di Stadium Sultan Muhammad ke IV semalam setelah FAM menarik balik keputusannya untuk mengadakan majlis tersebut di Wisma FAM, 20 Julai ini.

Video: sokernet.com