4 July 2012

LIGA SUPER 2012: KELANTAN 3-2 NEGERI SEMBILAN: PELUANG LIONS XII JUARAI LIGA SUPER SEMAKIN TERTUTUP

Indra Putra meraikan gol ke 3 Kelantan.
Foto: https://www.facebook.com/DuniaSukanOnline

Kebangkitan bergaya diseparuh masa kedua memastikan Kelantan pulang dengan 3 mata penuh sekaligus berpeluang untuk mempertahankan kejuaraan Liga Super.

Negeri Sembilan mendahului seawal minit ke 14 hasil kealpaan pertahanan Kelantan setelah Firdaus Azizul berjaya melakukan rembatan kencang menewaskan Khairul Fahmi.

Kelantan yang tenggelam pada separuh masa pertama, tampil lebih menyakinkan diseparuh masa kedua dengan kemasukkan Muhammad Ghaddar menggantikan Khairul Izuan Rosli.

Gol penyamaan oleh Azlan Ismail hadir diminit ke 46 sebelum Muhammad Ghaddar menjaringkan gol kedua Kelantan diminit ke 62 hasil lorongan cantik Norfarhan Mohamad.

Indra Putra melengkapkan kemenangan Kelantan dengan gol ke 3 diminit ke 68 setelah mudah menolak masuk bola hantaran Ghaddar sebelum Negeri Sembilan merapatkan jurang 5 minit sebelum tamat permainan hasil tandukan Shukor Adan.

Kelantan hanya memerlukan satu kemenangan untuk mengesahkan kejuaraan apabila mengumpul 54 mata dengan 3 baki perlawanan sementara Lions XII mengumpul 50 mata dengan 2 baki perlawanan.

Kelantan bakal menyamai rekod kejuaraan Liga Super sebanyak dua kali berturut-turut seperti yang telah dicapai oleh Kedah (2007&2008) dan Selangor (2009&2010) sejak permulaan Liga Super pada 2004.