12 August 2012

PERSAHABATAN PRA PIALA MALAYSIA: KELANTAN 3-0 PATTANI FC: AFIQ AZMI LEDAK HATRIK

Afiq Azmi melepasi pertahanan Pattani FC.
Foto: Muizzudin Yahaya @ https://www.facebook.com/gawangmy 

Kelantan menewaskan kelab dari Selatan Thailand, Pattani FC dengan jaringan 3-0 dalam perlawanan persahabatan pertama sempena persiapan menghadapi Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad ke IV, malam tadi.

Penyerang pinjaman daripada Kuala Lumpur, Afiq Azmi mencuri tumpuan apabila berjaya meledakkan 3 gol  dalam masa 10 minit dalam penampilan pertamanya bersama pasukan Kelantan.

Dia yang masuk menggantikan Ramzul Zahini Adnan tidak menunggu lama untuk memecahkan kebuntuan jentera serangan apabila menjaringkan gol pertama diminit ke 51.

Afiq turut menjaringan dua gol melalui tandukan diminit ke 52 dan 59 hasil hantaran daripada Nurul Azwan Roya dan Daudsu Jamaluddin.

Kelantan turun beraksi tanpa pemain-pemain utama seperti Norshahrul Idlan, Khairul Fahmi dan Shakir Saari yang berada di Austria untuk latihan bersama skuad kebangsaan. 

Kesebelasan pemain:
Syazwan Yusoff (GK), Nik Shahrul Azim, Mafry Balang, Aslam Najmuddin, Zairul Fitrie Ishak, Indra Putra, Badri Radzi, Daudsu Jamaluddin, Nurul Azwan Roya, Keita Mandjou dan Ramzul Zahini Adnan.

Kredit sumber: Redfcnews.net.