30 August 2012

PIALA MALAYSIA 2012: KELANTAN 1-1 ATM: KELANTAN RAIH 1 MATA BERHARGA

Foto: Utusan
Kelantan membawa pulang 1 mata berharga dari Stadium Majlis Perbandaran Selayang semalam apabila bangkit dilewat akhir permainan bagi mengikat ATM 1-1.

ATM yang diterajui bekas jurulatih Kelantan, B.Sathianathan tampil kemas dengan gerakan dan percubaan yang menarik namun buntu menembusi gawang di separuh masa pertama.

Kelantan turut mencipta beberapa peluang menjaringkan gol namun kemarau jaringan bintang Kelantan, Norshahrul Idlan masih berlarutan dengan percubaan pertamanya mudah diselamatkan penjaga gol ATM, Farizal Harun.

10 minit selepas bermulanya babak kedua, ATM beroleh jaringan pendahuluan setelah Marlon Alex James bijak menyudahkan bola hantaran Hairuddin Omar yang gagal dikeluarkan oleh pertahanan Kelantan.

Kemasukan Ghaddar dan Norfarhan Mohamad di babak kedua memperkuatkan barisan serangan Kelantan dengan gerakan dan hantaran yang lebih kemas.

Hasilnya Kelantan beroleh gol penyamaan daripada pemain pertahanan, Obinna Nwaneri yang tidak dikawal apabila bola rembatan Shakir Shari gagal diselamatkan oleh Farizal Haron diminit ke 87.

Keputusan seri meletakkan Kelantan di tangga kedua kumpulan B setelah Kedah menewaskan Terengganu 2-1 di Alor Setar.



Video: sokernet.com