25 August 2012

PIALA MALAYSIA 2012: KELANTAN 2-1 KEDAH: AFIQ AZMI CERAHKAN PELUANG KELANTAN KE SUKU AKHIR

Afiq Azmi cuba melepasi pemain pertahanan Kedah.
Foto: Sinar Harian
Kelantan menghidupkan kembali peluang untuk layak ke suku akhir dalam saingan kumpulan B, Piala Malaysia 2012 apabila menewaskan Kedah 2-1 di Stadium Sultan Muhammad ke IV malam tadi.

Kedah walau bagaimanapun bermula garang apabila mendahului tuan rumah seawal minit ke 4 melalui jaringan pemain kebangsaan, Khyril Muhymeen Mohd Zambri.

Perlawanan yang berlangsung sengit dan rancak diantara kedua-dua pasukan menyaksikan Kelantan berjaya menyamakan kedudukan diminit ke 26 hasil jaringan penyerang pinjaman dari Kuala Lumpur, Afiq Azmi.

Pemain kelahiran Perlis ini sekali lagi membuktikan ketajaman penyudahnya apabila menanduk masuk gol kemenangan Kelantan di penghujung separuh masa pertama.

Kemenangan ini meletakkan Kelantan di tangga ketiga kumpulan B setelah mengumpul 3 mata dan berkongsi mata bersama Terengganu yang di kejutkan oleh ATM dengan kekalahan 2-1 di Stadium MPS.

ATM mendahului kumpulan B dengan 6 mata penuh hasil 2 kemenangan keatas Kedah dan Terengganu serta bakal bertemu Kelantan di Stadium Majlis Perbandaran Selayang pada Selasa ini.