9 September 2012

PERSAHABATAN ANTARABANGSA: KELANTAN 1-1 BRUNEI

Danny Antwi
Foto: Shazli Shamsuddin
Kelantan mencatat keputusan seri 1-1 dengan pasukan kebangsaan Brunei Darussalam dalam satu perlawanan persahabatan antarabangsa yang diadakan di Stadium Sultan Muhammad ke IV malam tadi.

Pertemuan yang berlangsung diatas padang yang basah ekoran hujan bagaimanapun tidak merencatkan kerancakan persembahan kedua-dua pasukan.

Kelantan yang menurunkan kesemua pemain-pemain simpanan dilihat lebih mendominasi perlawanan dengan Brunei lebih banyak bertahan dan kadangkala melakukan serangan balas.

Penyerang Kelantan, Ramzul Zahini Adnan memiliki beberapa peluang dibabak awal permainan namun percubaannya gagal menghasilkan jaringan.

Penyerang import, Danny Antwi menceriakan penyokong-penyokong Kelantan apabila dia berjaya meletakkan Kelantan dihadapan hasil jaringan diminit ke 21.

Brunei walau bagaimanapun menyamakan kedudukan menjadi 1-1 apabila gerakan yang berpunca daripada sepakan sudut berjaya disudahkan oleh Mohd Azri Azhari diminit ke 28.

Bersambung babak kedua, Kelantan membuat beberapa pertukaran dengan membawa masuk penyerang daripada skuad Piala Presiden Kelantan, Aris Zaidi menggantikan Ramzul Zahini.

Danny Antwi turut memiliki beberapa peluang bagi mendapatkan gol namun percubaannya kerap tersasar dan melewati palang.

Kemasukkan Norfarhan Mohamad, Badri Radzi, Nurul Azwan Royan dan Afiq Azmi 10 minit sebelum tamat permainan juga gagal menghasilkan sebarang jaringan.

Ini merupakan perlawanan persahabatan ketiga pasukan kebangsaan Brunei di Malaysia sempena persiapan untuk perlawanan kelayakan Piala Suzuki AFF yang akan mereka sertai di Yangon, bulan hadapan.

Sebelum ini Brunei tewas 1-4 kepada pasukan Harimau Muda dan menang dengan ATM (4-1) dan UITM FC (1-0.)

Kesebelasan utama:

Kelantan:
Shahrizan Ismail (Gk), Ramzul Zahini, Rizal Fahmi (kp), Keita Mandjou, Azlan Ismail, Mohd Aslam, Mafry Balang, Mijo Dadic, Emmanuel Okinne, Danny Antwi, Khairul Izuan Rosli dan Faizol Nazlin.

Brunei:
Mohd Fakhrul (Gk), Hj Mohd Yusoff, Muhamad Afi, Mohd Azri, Reduan Hj. Petara, Md Aminuddin, Md Nurikwan, Mohd Hendra, Md Nazib (Kp), Md Julremi dan Hamizan Aziz.

Kredit kepada liputan live streaming oleh TRC TV & Redsfcnews