5 September 2012

PIALA MALAYSIA 2012: KELANTAN 0-0 KEDAH: KELANTAN KUTIP 1 MATA DI ALOR SETAR

Norshahrul Idlan cuba melepasi pertahanan Kedah.
Foto: https://www.facebook.com/DuniaWarriors
Kelantan terikat tanpa jaringan dengan Kedah di Alor setar dalam perlawanan ke lima peringakat kumpulan B di Stadium Darul Aman, malam tadi.

Kedah yang memerlukan kemenangan bagi menghidupkan peluang layak ke suku akhir ternyata gagal menggunakan kelebihan beraksi di hadapan penyokong sendiri.

Meskipun mengasak daripada awal, barisan serangan Kedah gagal menembusi pertahanan Kelantan yang dikawal kemas oleh Obinna dan Nik Shahrul Azim.

Kelantan yang beraksi dibawah tahap sebenar juga gagal memanfaatkan beberapa peluang terhidang bagi mendahului lawan.

Peluang terbaik Kedah hadir diminit ke 39 apabila tendangan percuma Baddrol Bakhtiar yang terbias pada kaki pertahanan Kelantan dan terkena tiang sebelum dikeluarkan oleh Obinna.

Vedran Gerc yang berjaya melepasi perangkap ofsaid di minit ke 66 pula gagal menewaskan Khairul Fahmi walaupun hanya berhadapan dengan penjaga gol itu sahaja.

Kelantan turut memiliki peluang terbaik bagi menjaringkan gol tidak lama selepas itu namun melalui tendangan sudut oleh Badri Radzi terkena palang.
Kelantan mempunyai kelebihan untuk layak ke suku akhir dengan 8 mata serta kekal ditangga kedua dibawah ATM yang telah melayakkan diri ke suku akhir setelah menundukkan Terengganu 2-0 di Kuala Terengganu.

Kedah masih berpeluang namun perlu mengalahkan ATM di Selayang dengan jaringan 3 gol atau sambil mengharapkan Kelantan tewas kepada Terengganu di Kota Bharu.