2 September 2012

PIALA MALAYSIA 2012: KELANTAN 4-3 ATM: KELANTAN BUKTIKAN KENAPA MEREKA LEBIH HEBAT DARI ATM

Afiq Azmi ledak gol pertama Kelantan diminit ke 7.
Foto: https://www.facebook.com/DuniaSukanOnline
Kelantan mempertahankan rekod tanpa kalah di Stadium Sultan Muhammad ke IV musim ini dengan bangkit daripada ketinggalan diseparuh masa pertama dan menewaskan ATM 4-3 malam tadi.

Perlawanan penuh dramatik ini menyaksikan 7 gol berjaya hasil jaringan Afiq Azmi, Norshahrul, Norfarhan dan Nurul Azwan bagi Kelantan sementara Marlon James dan Hairuddin Omar masing-masing menjaringan 2 dan 1 gol untuk ATM.

Kelantan bermula garang sejak dari wisel permulaan mempamerkan penguasaan penuh dengan gerakan  dan serangan yang bertali arus ke gol ATM.

Norfarhan Muhammad yang diturunkan dalam kesebelasan utama tidak menghampakan apabila melakukan hantaran cantik untuk disudahkan dengan tandukan oleh Afiq Azmi untuk Kelantan di hadapan seawal minit ke 7.

ATM yang  lebih banyak bertahan mengejutkan tuan rumah apabila memperolehi gol penyamaan jaringan penyerang import merbahaya, Marlon Alex James diminit ke 26 setelah bola gagal dikeluarkan daripada kotak penalti oleh pertahanan Kelantan.

Namun Norshahrul Idlan kembali meletakkan Kelantan dihadapan 3 minit kemudian apabila melepasi pertahanan ATM sebelum merembat kencang bola hantaran lintang Indra Putra yang berpunca daripada gerakan Daudsu di sebelah kanan.

Keghairahan Kelantan mencari gol ke tiga dihukum oleh serangan balas ATM yang berjaya mendapatkan gol penyamaan melalui Marlon Alex James di minit ke 35 setelah pertahanan Kelantan sering membantu barisan serangan.

Hairuddin Omar meletakkan pasukan pelawat di hadapan di minit ke 43 melalui satu lagi serangan balas ATM yang memerangkap barisan pertahanan Kelantan.

Bermula babak kedua, Kelantan membawa masuk Nik Shahrul Azim menggantikan Zairul Fitrie dan tampil lebih berhati-hati dengan serangan balas ATM.

Norfarhan Muhammad menceriakan penyokong setia tuan rumah apabila menjaringkan gol penyamaan diminit ke 76 hasil hantaran silang Norshahrul Idlan.

Kemasukan Nurul Azwan Roya menggantikanAfiq Azmi memberikan nafas baru di bahagian serangan dan hasilnya Nurul berjaya menjaringkan gol kemenangan Kelantan di minit ke 86.

Kemenangan ini mengekalkan Kelantan di tangga kedua kumpulan B namun berkongsi 7 mata bersama ATM yang memiliki 2 kelebihan jaringan.

Terengganu pula gagal memanfaatkan kelebihan bermain di halaman sendiri apabila sekadar seri 1-1 dengan Kedah di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.


video: trc tv & Epie Beck