3 October 2012

PIALA MALAYSIA 2012: KELANTAN 2-2 FELDA UNITED: GHADDAR PASTIKAN KELANTAN MARA KE SEPARUH AKHIR

Aksi Ghaddar selepas menjaringkan gol penyamaan Kelantan.
Foto: Shazli Shamsuddin @ https://www.facebook.com/DuniaWarriors?fref=ts
Kelantan menepati ramalan apabila mara ke separuh akhir Piala Malaysia 2012 apabila mencatatkan keputusan seri 2-2 dengan Felda United di Stadium Sultan Muhammad ke IV malam tadi.

Felda United bagaimana pun hampir meranapkan impian Kelantan apabila berjaya mendahului 2-0 kosong sebelum Kelantan bangkit menyamakan kedudukan dibabak akhir perlawanan.

Kelantan yang beraksi hambar diseparuh masa pertama turut memiliki beberapa peluang untuk menjaringkan gol pendahuluan namun gagal disudahkan dengan baik oleh barisan serangan.

Felda berada di depan 3 minit sebelum tamat separuh masa pertama hasil jaringan penyerang import dari Perancis, Michael Antoine Courier yang menampan masuk bola hantaran Sivanesan.

Bermula babak kedua, Kelantan membawa masuk Norshahrul Idlan menggantikan Mohd Afiq dalam usaha mencari gol penyamaan.

Namun Felda sekali lagi menjerat kealpaan barisan pertahanan Kelantan yang sering naik keatas apabila mendahului 2 gol hasil daripada serangan balas melalui jaringan sendiri Mafry Balang yang tertampan bola ke gawang sendiri diminit ke 55.

Kemasukan Indra Putra menggantikan Badri Radzi merubah permainan Kelantan dan hasilnya, Norfarhan Mohamad berjaya memecah kebuntuan Kelantan diminit ke 72.

Penyerang import Kelantan, Muhammad Ghaddar menceriakan penyokong-penyokong Kelantan apabila menjaringkan gol penyamaan dilewat masa tambahan separuh masa kedua sekaligus melayakkan Kelantan ke peringkat separuh akhir.

Kelantan bakal bertemu Selangor di Kota Bharu pada perlawanan pertama separuh akhir pada Sabtu ini, sebelum bertandang ke Shah Alam seminggu kemudian.